Argentina lanjut kontrak Scaloni


shadow
Lionel Scaloni melanjutkan kontrak bersama Argentina. – Foto fail AFP

BUENOS AIRES: Lionel Scaloni melanjutkan kontrak bersama Argentina dalam persediaan sehingga berakhir tempoh kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar, umum Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), pagi tadi.

Jurulatih berumur 41 tahun itu sebelum ini dilantik sebagai jurulatih sementara pasukan itu pada Ogos lalu, hanya dua minggu selepas Jorge Sampaoli dipecat susulan penyingkiran Argentina pada peringkat 16 terakhir pada Piala Dunia 2018 di Russia.

Kontrak Scaloni tamat November lalu disambung hingga Disember hujung tahun ini.

Lanjutan kontrak itu susulan kejayaan Scaloni menamatkan saingan Copa America di Brazil di tempat ketiga dan kini dia diberi peluang untuk melayakkan diri pada Piala Dunia 2022.

Pusingan Kelayakan itu akan bermula pada Mac 2020 dan akan berlangsung sehingga 2021.

Beliau juga akan membawa pasukan bagi perlawanan Copa Amerika tahun hadapan yang dianjurkan secara bersama Argentina dan Colombia.

Scaloni  yang tidak pernah memegang jawatan ketua jurulatih sebelum dilantik membimbing pasukan kebangsaan, membantu meningkatkan sokongan kepada pemainnya, termasuk pemenang lima kali Ballon d’Or, Lionel Messi, susulan kejayaan memacu kemaraan di Copa Amerika yang berakhir bulan lalu. – AFP


Tinggalkan komen anda