Balotelli cuba nasib di Brazil


shadow

RIO DE JANEIRO: Bekas pemain Marseille kelahiran Itali, Mario Balotelli mencuba nasib di Brazil apabila mengintai peluang berpindah ke kelab Flamengo, menurut kelab berpangkalan di Rio de Janeiro itu, hari ini.

“Kami memang ada menghubunginya dan dia berminat untuk bermain di sini,” kata presiden kelab itu Rodolfo Landim yang dipetik media Brazil.

“Kami tidak ragu-ragu dia seorang pemain hebat. Tapi banyak perkara boleh berubah sebelum dia menandatangani kontrak bersama kami.

“Memang benar dia kini ejen bebas,” kata Landim, menegaskan pegawai Flamengo sudah bertemu pemain berusia 28 tahun itu di Eropah.

Minggu lalu, stesen Sky Sport Itali melaporkan kemungkinan Balotelli menyertai Flamengo selama dua setengah tahun.

Penyerang itu, yang beraksi bersama skuad kebangsaan Itali di Brazil pada Piala Konfederasi 2013 dan Piala Dunia 2014, tidak pernah menyembunyikan keghairahannya terhadap bola sepak di negara itu.

Flamengo baru-baru ini aktif membeli beberapa pemain pada pasarab perpindahan akhir-akhir ini, termasuk mendapatkan bekas pertahanan Bayern, Rafinha dan bekas pemain Atletico Madrid, Filipe Luis. – AFP

Tinggalkan komen anda