Bayern perlu sediakan RM678 juta untuk Sane


shadow

MANCHESTER: Bayern Munich perlu menjadikan Leroy Sane seorang daripada pemain paling mahal sepanjang zaman jika mereka mahu memujuk pemain sayap itu meninggalkan Manchester City.

Sportsmail difahamkan City boleh menjangkakan akan menerima sekitar £135 juta pound (RM678 juta) sekiranya mereka menjual pemain yang dibeli dengan harga £37 juta pound (RM185 juta) tiga tahun lalu itu.

Jumlah berkenaan setara dengan jumlah dibayar buat Joao Felix, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele sejak dua tahun lalu – hanya Kylian Mbappe dan Neymar dibayar lebih daripada £150 juta pound (RM753 juta). 

Guardiola sudah bosan dengan pegawai Bayern yang terus bercakap mengenai usaha mereka mendapatkan Sane. 

Pengurus kelab berkenaan, Niko Kovac secra terbuka membincangkan di mana pemain itu akan melengkapkan skuad di Allianz Arena hingga mencetuskan rasa hairan banyak pihak.

City menulis surat kepada juara Bundesliga itu meminta mereka berhenti membuat kenyataan umum mengenai pemain antarabangsa Jerman itu dan Kovac meminta maaf kepada Guardiola menerusi mesej teks.

Sane masih memiliki kontrak dua tahun dan perjanjian baharu belum ditandatangani. 

Guardiola tidak akan terus mencari pengganti sekiranya Sane berhijrah ke Bayern yang tetap yakin akan berjaya melakukannya. – Agensi

Tinggalkan komen anda