Cantona terima Anugerah Presiden UEFA


shadow

LAUSANNE, Switzerland: Legenda Manchester United dan Perancis, Eric Cantona akan menerima Anugerah Presiden UEFA ketika undian Liga Juara-Juara berlangsung di Monaco, esok.

Bekas penyerang berusia 53 tahun itu, yang memenangi lima gelaran Liga Perdana bersama Leeds dan Man United di era 1990-an dan dua gelaran Liga Perancis bersama Marseille menyertai senarai hebat pemenang anugerah berkenaan termasuk Johann Cruyff, Alfredo Di Stefano dan Eusebio.

Cantona adalah pemain ketiga Man United menerima anugerah sama selepas Bobby Charlton pada 2008 dan David Beckham tahun lalu.ADVERTISING

“Anugerah ini bukan saja untuk mengiktiraf kariernya sebagai pemain yang mempunyai kaliber tinggi, tetapi turut menghargainya siapa dirinya, lelaki yang enggan berkompromi, yang sentiasa berdiri teguh dengan nilai dirinya, yang menyuarakan apa yang difikirkannya dan sentiasa menyokong apa yang dia percaya sepenuh jiwa dan hatinya,” kata Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin.

Cantona bermain sebanyak 45 kali untuk Perancis tetapi bersara sebelum negaranya menjulang Piala Dunia pada 1998.

Sepanjang kariernya, yang bermula sejak 1983 di mana dia bermain untuk Auxerre pada 1997, sering terpalit dengan kontroversi. Pada 1988, Cantona digantung sementara oleh skuad kebangsaan Perancis kerana menggelar pengurus pasukan, Henri Michel sebagai ‘beg tahi.’

Pada 1995, dia digantung daripada bola sepak selama lapan bulan dan dilucutkan lilitan kapten Perancis susulan tindakannya menyerang penyokong Crystal Palace, yang mengejeknya ketika dia diarah keluar padang.

Sejak bersara, Cantona mengubah kariernya kepada bidang lakonan dan terkenal untuk peranannya sebagai Ken Loach dalam drama komedi 2009, Looking dan turut tercalon bagi anugerah Palme d’Or.  – AFP

Tinggalkan komen anda