Chelsea,Leicester sekadar seri


shadow

LONDON: Anak buah Frank Lampard terikat seri 1-1 menentang Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris pertama di gelanggang sendiri malam tadi apabila tandukan Wilfred Ndidi menyamakan kedudukan selepas Chelsea mendahului hasil jaringan Mason Mount, yang beraksi buat pertama kali.

Chelsea mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan pemain muda berusia 20 tahun yang diberi peranan oleh Lampard.

Mount melarikan bola dari kaki Ndidi sebelum memperdaya Kasper Schmeichel.

Pemain Chelsea Mason Mount (kiri) mengatasi halangan pemain Leicester, Ricardo Pereira pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. – Foto EPA

Gol itu mencetus gempita oleh penyokong yang teruja dengan wajah baru The Blues yang kini dikendali oleh peledak utamanya, Lampard sebagai pengurus.

Namun Leicester berjaya meyumbat gol penyamaan pada minit ke-67 apabila Ndidi menebus kesilapan di babak pertama dengan menanduk masuk sepakan sudut James Maddison.

Maddison, Jamie Vardy dan Youri Tielemans bagaimanapun terlepas peluang terbaik menambah jaringan kemudian sekali gus berpuas hati dengan berkongsi mata. – AFP

Pemain Leicester City, Wilfred Ndidi (dua dari kiri) menanduk bola lalu membolosi gawang Chelsea untuk menyamakan kedudukan pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. – Foto AFP

Tinggalkan komen anda