Club Brugge sahkan ikat Mignolet


shadow

LONDON: Club Brugge Belgium mengesahkan penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet akan menyertai kelab itu dengan bayaran dilaporkan berjumlah €7 juta (RM32.51 juta).

Mignolet, 31, setuju dengan perjanjian selama lima tahun bersama gergasi Belgium itu, sekali gus menamatkan enam musim bersama Liverpool di Anfield.

Mewakili Belgium sebanyak 21 kali, Mignolet bakal kembali ke tanah airnya buat kali pertama sejak menyertai Sunderland ketika zaman remajanya bersama kelab Sint-Truiden pada  2010.

“Selepas berjaya menyelesaikan ujian perubatan, penjaga gol Simon Mignolet menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Blauw-Zwart,” kata kenyataan Club Brugge, pagi ini.

“Liverpool FC, Club Brugge dan Simon mencapai kata sepakat mengenai perjanjian hari ini.”

Mignolet menyertai Liverpool dengan yuran berjumlah £9 juta (RM45.65 juta) pada Jun 2013, tetapi kehilangan peranan utamanya musim lalu selepas ketibaan Alisson dari Roma.

Biarpun menjadi sebahagian skuad yang memenangi Liga Juara-Juara musim lalu, Mignolet hanya tampil sebanyak dua kali dalam semua kejohanan pada musim 2018-19, bagi mengakhiri teka teki kariernya di Liverpool. – Agensi

Tinggalkan komen anda