Djokovic,Barty dan Pliskova lepasi halangan awal


shadow

NEW YORK: Juara bertahan, Novak Djokovic mara ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas mengatasi pemain Sepanyol Roberto Carballes Baena manakala juara Terbuka Perancis, Ashleigh Barty dan pilihan ketiga, Karolina Pliskova bergelut sebelum mara.

Djokovic, yang menjuarai empat daripada lima Grand Slam mengatasi pemain ranking ke-76, Baena 6-4, 6-1, 6-4.

“Terlepas dari tembok halangan, ia mengambil masa sebelum selesa di gelanggang. Saya mampu menggunakan peluang untuk melakar kemenangan dan itulah yang penting,” kata  Djokovic.

Djokovic, berusaha untuk mempertahankan gelaran Terbuka AS untuk menyamai rekod cemerlang Roger Federer yang muncul juara pada cabaran 2004 hingga 2008.

Pemain Serbia yang juga pemain nombor satu dunia itu bakal berdepan pemain tuan rumah, Sam Querrey atau wakil dari Argentina, Juan Ignacio Londero di pusingan kedua.

“Saya puas hati dengan persembahan hari ini dan akan memberi tumpuan perlawanan seterusnya.” kata Djokovic.ADVERTISING

Djokovic sudah memenangi 16 gelaran Grand Slam dan cuba menyaingi rekod 20 gelaran milik Federer manakala jaguh Sepanyol, Rafael Nadal  dengan 18 gelaran.

Dalam pada itu, pilihan kedua dari Australia, Barty mengatasi permulaan gemuruh sebelum menang ke atas pemain ranking ke-80, Zarina Diyas dari Kazakhstan 1-6, 6-3, 6-2.

Barty melakukan 19 kesilapan dan tewas set pertama dalam masa 28 minit sebelum bangkit menguasai set berikutnya sekali gus mara ke pusingan kedua.

“Saya sangat lega dapat melepasi halangan ini,” kata Barty.

 “Zarina berjaya meletakkan saya dalam situasi sukar. Mujur saya mampu melakukan pukulan dengan tepat. Saya berjaya mengawal keadaan dan menyudahkan pukulan di sudur sukar gelanggang.”

Pliskova, naib juara 2016, menewaskan rakan senegara di ranking ke-138, Tereza Martincova 7-6 (8/6), 7-6 (7/3) dalam aksi sejam 46 minit.

“Bukan persembahan terbaik saya hari ini,” kata Pliskova.

“Tidak gembira dengan servis. Ini tidak boleh berterusan selepas ini.”

Sementara itu, juara tujuh kali Grand Slam, Venus Williams mudah menewaskan wakil China, Zheng Saisai 6-1, 6-0 dalam masa 66 minit manakala Serena Williams dan Maria Sharapova sedang beraksi dalam set pertama ketika ini. – AFP

Tinggalkan komen anda