Hamilton harap kembali cergas di Hungary


shadow

BUDAPEST: Juara Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berharap akan kembali cergas bagi saingan Grand Prix Hungary Ahad ini selepas kurang sihat akibat jangkitan serangga di Jerman hujung minggu lalu.

Pemandu Mercedes itu berkedudukan petak pertama tahun lalu di Hungaroring, litar yang menyaksikannya menang dengan rekod enam kali secara keseluruhan.

Bagaimanapun juara dunia itu hanya menamatkan saingan di tangga ke-11 di Hockenheim namun dinaikkan ke tangga kesembilan selepas pemandu Alfa Romeo melanggar peraturan membabitkan klac.

“Saya tidur dengan nyenyak sejak tiga hari lalu. Jadi saya rasa lebih bagus,” katanya kepada wartawan di Hungaroring awal pagi tadi.

“Saya harap akan cergas 100% hujung minggu ini. Saya rasa perlukan sedikit lagi rehat. Saya terkena jangkitan sejenis serangga,” kata pemandu Britain itu.

“Saya jelas berada dalam keadaan yang lebih baik bagi pertarungan pada hujung minggu, jadi saya boleh beritahu anda betapa bagus keadaan itu. Saya tidak sabar kembali ke jentera yang jelas berlainan daripada apa yang saya rasakan.

“Jumaat lalu, saya memandu dengan perasaan yang tidak begitu bagus.” – Reuters

Tinggalkan komen anda