Jaga-jaga Arsenal – Wijnaldum


shadow

LONDON: Georginio Wijnaldum berkata pengalaman yang dimiliki Liverpool membantu mereka melakar kemenangan, sekali pun kelab itu belum berada di prestasi terbaik.

Kemenangan ke atas Norwich dan Southampton, selain kejayaan menewaskan Chelsea bagi Piala Super UEFA bermakna skuad kendalian Jurgen Klopp menanti Arsenal di Anfield dengan rekod kemenangan 100 peratus musim ini.

Dengan pemain seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino masih berusaha untuk mengembalikan prestasi terbaik susulan tugasan antarabangsa, ketajaman pasukan itu tidak sebagus di bahagian pertahanan.

Tetapi dengan Gunners juga tampak berada di prestasi terbaik susulan dua kemenangan berturut-turut, Wijnaldum berfikir meraih kemenangan tanpa berpandukan kepada prestasi adalah petanda yang bagus.

“Ia amat menggalakkan apabila kami mendapat keputusan yang diharapkan sekali pun tidak berada di prestasi terbaik,” kata Wijnaldum. “Ia penting, terutama pada tempoh ketika ini, di mana kamu mengumpul sebanyak mata yang mungkin kerana asasnya, kamu perlu terus meningkat sepanjang musim dan itulah yang kami cuba lakukan dan apa yang kami mahu lakukan.

“Penting untuk mengumpul sebanyak mungkin mata sehingga kamu berada di prestasi terbaik. Ia amat penting. Tetapi saya tidak berfikir yang kamu akan sentiasa melihat pasukan bermain dengan baik sepanjang 90 minit.

“Kamu harus menggunakan kualiti dan pengalaman dan masih cuba untuk menang. Ia lebih penting berbanding bermain dengan baik sepanjang 90 minit kerana ia mustahil.”

Selepas penyandang juara Liga Perdana, Manchester City menggugurkan mata ketika bertemu Tottenham, kemenangan ke atas Arsenal amat dialu-alukan.

“Sukar untuk berkata siapa yang akan berada di sana (kedudukan empat terbaik). Kami perlu melihat bagaimana musim ini berjalan untuk mereka dan juga untuk kami,” kata Wijnaldum.

“Semua orang berkata kami akan menamatkan saingan di tempat pertama atau kedua tetapi kami masih perlu membuktikannya dan bermain dengan baik sehingga penghujung musim. 

“Kami perlu memastikan yang kami dapat menangani situasi dan memberikan segala-gala yang kami ada. Mereka (Arsenal) membuat beberapa pembelian hebat tetapi mereka sentiasa pasukan yang bagus.” – Agensi

Tinggalkan komen anda