Kyrgios rangkul Terbuka Washington ATP


shadow

WASHINGTON: Pemain Australia, Nick Kyrgios melakukan 18 ace tanpa ada sebarang kesilapan berganda dan mengetepikan kesakitan belakangnya bagi menewaskan pemain Russia ranking ke-10 dunia, Daniil Medvedev 7-6 (8/6), 7-6 (7/4) dan menjulang Terbuka Washington ATP, pagi tadi.

Pemain berumur 24 tahun itu yang bergelut dengan kesakitan belakang sepanjang set pembukaan, merangkul hadiah utama AS$365,390 (RM1.52 juta) dan juga gelaran ATP kali keenam dalam kariernya menjelang Terbuka Amerika Syarikat.

Kyrgios, memenangi gelaran kedua baginya pada tahun ini selepas kejayaan di Acapulco Mac lalu dan akan membaiki ranking 51 ke 27 dunia hari ini, yang menjadi penampilan pertamanya dalam kedudukan 30 terbaik dalam tempoh 43 minggu.

“Ini adalah antara minggu paling hebat dalam hidup saya,” kata Kyrgios.

“Sudah tentu saya akan mengingati kejohanan ini sepanjang hidup saya.”

Kyrgios memenangi gelaran itu selepas bertarung dalam tempoh 94 minit.

Medvev, 23, pula melakukan break sebanyak dua kali pada minggu ini tetapi tewas dalam set penentuan kepada Kyrgios, yang menyebabkan beliau kehilangan gelaran ATP kali kelima buatnya.

Beliau juga akan mendaki ke ranking kesembilan yang juga terbaik dalam kariernya.

“Saya tahu bagaimana bagus Nick boleh bermain apabila dia mahu beraksi,” kata Medvedev.

“Minggu ini, saya rasa dia mahu beraksi dan ia amat sukar.” – AFP

Tinggalkan komen anda