Leroy Sane bedah lutut kanan minggu depan


shadow

MANCHESTER: Sayap Manchester City, Leroy Sane akan menjalani pembedahan lutut minggu depan bagi merawat kecederaan ligamen yang terkoyak, umum kelab itu semalam

Bintang antarabangsa Jerman berusia 23 itu berdepan kecederaan itu ketika membantu pasukannya menang perlawanan Perisai Komuniti menentang Liverpool di Wembely minggu lalu dan kini terpaksa berehat panjang.

Sane sebelum ini turut dikaitkan bakal berpindah ke Bayern Munich pada penghujung musim lalu.

“Manchester City mengesahkan bahawa Leroy Sane mengalami kecederaan ligamen di lutut kanan,” umum kelab itu menerusi laman web rasminya.

“Dia menjalani ujian sepanjang minggu bersama doktor pakar yang didatangkan khas ke Manchester untuk melakukan pemeriksaan dan menilai tahap kecederaannya.

“Leroy akan menjalani pembedahan minggu depan. City akan membantu Leroy dengan segala bentuk sokongan yang dia perlukan dan semua pihak yang berkaitan dengan kelab ini mengharapkan dia selamat menjalani pembedahan dan mendoakannya agar segera pulih.”

City memulakan kempen liga dengan berkunjung ke laman West Ham United, esok. – Reuters

Jadual Liga Perdana Inggeris

Esok

Liverpool mln Norwich City (3 pagi)

West Ham United mln Manchester City (7.30 mlm)

AFC Bournemouth mln Sheffield United (10 mlm)

Burnley mln Southampton (10 mlm)

Crystal Palace mln Everton (10 mlm)

Watford mln Brighton & Hove Albion (10 mlm)

AHAD

Tottenham Hotspur mln Aston Villa (12.30 tgh mlm)

Leicester City mln Wolverhampton Wanderers (9 mlm)

Newcastle United mln Arsenal (9 mlm)

Manchester United mln Chelsea (11.30 mlm)

Tinggalkan komen anda