Lukaku berlatih dengan Anderlecht


shadow

BRUSSELS: Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku berlatih dengan kelab lamanya, Anderlecht semalam, kata sumber yang rapat dengan kelab Belgium itu kepada AFP di sebalik spekulasi dia akan meninggalkan Old Trafford.

Penyerang Belgium itu masih belum bermain walau seminit dalam kempen pramusim United dengan perbincangan masih dilakukan bagi perpindahan ke Serie A.

Inter Milan adalah antara pasukan dari Itali yang hangat diperkatakan.

Pemain berusia 26 tahun itu menjalani latihan buat hari kedua berturut-turut di Anderlecht.

“Ia bukanlah satu perancangan yang dia akan akan kembali berlatih,” kata sumber itu, “Tapi dia dari Anderlecht, jika dia dipanggil, dia sentiasa boleh singgah.”

Imej Lukaku bersama warna Anderlecht dipaparkan di akhbar Belgium. Dia dilaporkan berlatih bukan bersama pasukan utama tetapi remaja Anderlecht.

Jurulatih Inter Milan Antonio Conte berkata Ahad lalu dia “sangat berharap” akan melengkapkan perjanjian terakhir bagi membawa bekas penyerang Everton itu ke San Siro. – AFP

Tinggalkan komen anda