Lukaku bosan di Man United: Martinez


shadow

MILAN: Romelu Lukaku ‘bosan’ di Manchester United dan dia perlu meninggalkan kelab Inggeris itu demi kebahagiaannya, kata pengendalinya di skuad kebangsaan Roberto Martinez.

Penyerang Belgium itu berpindah dari Old Trafford ke Inter Milan, dan dia menjaringkan gol pada penampilan sulungnya ketika menentang Lecce Isnin lalu.

Lukaku menaruh harapan untuk kembali mengembangkan kariernya berikutan perpindahan bernilai 73 juta pound (RM377.4 juta), dan Martinez mengakui yang dia perlu keluar dari England.

“Romelu memerlukan cabaran baharu. Ada ketika anda akan rasa bosan dengan sesebuah kelab,” kata Martinez.

“Bekerja dengan (Antonio) Conte akan menggembirakannya dan projek Inter, mengejar kejuaraan, menarik. Saya lihat Lukaku ketawa semula dan ia membuat saya gembira.”

Karier Lukaku mula mendatar di United, dan dia menuju ke Serie A dengan sasaran untuk membuktikan kemampuannya sekali gus membuktikan pengkritiknya silap.

Lukaku dikatakan terlebih berat ketika sampai di Itali akibat terlepas sebahagian persiapan pra-musim bersama United.

Berat Lukaku mencecah 104kg sedangkan Inter mahu dia menurunkannya kepada bawah 100kg.

Pemain 26 tahun itu berusaha keras menurunkan berat badannya dan dia cukup cergas untuk bersama pasukan baharunya pada perlawanan pembukaan musim minggu ini.

Mereka membelasah Lecce 4-0 dan Lukaku turut menemui sasaran – kualiti yang mendorong Inter bersusah-payah mendapatkan pemain itu. – AGENSI

Tinggalkan komen anda