Matic bimbang masa depan di Old Trafford


shadow

MANCHESTER: Nemanja Matic dijangka akan berbincang dengan Ole Gunnar Solskjaer bagi menjernihkan keadaan dan mendapat sedikit pencerahan mengenai masa depannya di Manchester United.

Pemain berusia 31 tahun itu masih belum bermain dalam Liga Perdana musim ini dengan Solskjaer bergantung kepada Scott McTominay unuk tugasan pertahanan di bahagian tengah.

Menurut Mirror, Matic kini mahu mengadakan perbincangan dengan bos dari Norway itu selepas hilang tempat dalam kesebelasan utama.

Jelas Solskjaer memberi penekanan terhadap pemain remaja di United dengan kelab itu mengucapkan selamat tinggal kepada Marouane Fellaini dan Ander Herrera dalam tempoh enam bulan.

Ia juga mungkin menjadi halangan besar buat pemain Serbia itu yang menjadi pilihan pengendali sebelum Solskjaer, Jose Mourinho.

Mourinho membawa masuk Matic dari Chelsea pada 2017, selpas kedua-duanya meraikan musim penuh kejayaan di Stamford Bridge.

Bagaimanapun Matic tidak diberi peluang dalam kesebelasan utama di bawah Solskjaer ssejak minggu pertama Mei musim lalu apabila United tewas di tangan Huddersfield yang kemudiannya tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Sekiranya Solskjaer dan Matic gagal mencari jalan penyelesaian mengenai masa depan pemain itu, United mungkin terpaksa menjual pemain tengah itu sebelum 2 September ketika beberapa kelab sedang melihat perkembangan terbaharu di Old Trafford. – Agensi

Tinggalkan komen anda