Norwich, Palace disingkir pasukan kerdil


shadow

LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana, Norwich dan Crystal Palace tersingkir daripada Piala Liga selepas tewas kepada pasukan divisyen empat Crawley Town dan Colchester United.

Pemain kelahiran Congo DR, Beryly Lubala menjaringkan gol Crawley – yang kelimanya musim ini – dalam kemenangan 1-0 ke atas Norwich, yang menurunkan skuad keduanya, untuk kemenangan pertama ke atas lawan dari liga tertinggi Inggeris.

Colchester mara menerusi penentuan penalti selepas mengikat Palace tanpa jaringan dalam 90 minit, dan Noah Chilvers menjaringkan penalti kemenangan.

Ia adalah kemenangan pertama Colchester ke atas lawan dari liga tertinggi dalam Piala Liga sejak tahun 1979.

Pemain Colchester United, Luke Norris merembat ke arah gawang Crystal Palace pada Piala Liga, malam tadi. – Foto ReutersADVERTISING

Watford mengurangkan tekanan ke atas pengendalinya Javi Gracia dengan kemenangan pertama musim ini selepas menewaskan Coventry 3-0.

Gracia dikecam hebat dan diberi peluang sehingga rehat antarabangsa kedua pada Oktober untuk menyelamatkan jawatannya walaupan berjaya membawa Hornets ke final Piala FA musim lalu.

Brighton terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Bristol Rovers 2-1. 

Jack Wilshere menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham sejak berpindah dari Arsenal tahun lalu, dalam kemenangan 2-0 ke atas Newport County. Satu lagi gol dijaringkan pemain Pablo Fornals – pemain kedua termahal dibeli West Ham ketika musim panas lalu.

Pasukan-pasukan gergasi Liga Perdana seperti juara bertahan Manchester City dan mereka yang terbabit dengan kejohanan Eropah hanya akan mula beraksi pada pusingan seterusnya. – AFP

Tinggalkan komen anda