Pegawai FIFA tadbir FA Mesir


shadow

LAUSANNE, Switzerland: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melantik ahli jawatankuasa sementara untuk mentadbir Persatuan Bolasepak Mesir (EFA) yang berdepan masalah ketiadaan pemimpin selepas bos mereka melepaskan jawatan, bulan lalu.

Hani Abou Rida, melepaskan jawatan Presiden EFA bulan lalu selepas Mesir tersingkir dari Piala Negara-Negara Afrika sekali gus menyaksikan pegawai teknikal lain turut melepaskan jawatan masing-masing.

FIFA dalam kenyataan menyatakan bahawa mereka melantik ‘jawatankuasa sementara’ bagi menjalankan tanggungjawab pentadbiran EFA sebagai persiapan mengadakan pemilihan barisan kepimpinan baharu EFA.

FIFA memberi mereka kuasa mentadbir EFA sehingga Julai 2020.

Lima anggota yang dicadangkan kini dalam saringan FIFA yang masih menyiasat latar belakang masing-masing.

Persatuan Bolasepak Mesir diselubungi banyak masalah sepanjang tiga tahun ditadbir Rida.

Kritikan paling teruk diterima ketika EFA memilih Kotaraya Grozny di Chechnya sebagai pangkalan latihan untuk persiapan skuad Mesir ke Piala Dunia 2018 di Russia. Chechnya adalah seteru ketat Kremlin.

Bintang Liverpool, Mohamed Salah juga menuduh EFA menyalah guna imejnya di Mesir.

EFA terus dipalit dengan kritikan meluas apabila mereka memilih pemain yang sedang digantung bersabit satu kes jenayah pencabulan dalam kesebelasan utama Piala Negara-Negara Afrika bulan lalu. – AFP

Tinggalkan komen anda