Raonic tarik diri Terbuka AS


shadow

NEW YORK: Jaguh tenis Kanada, Milos Raonic terpaksa menarik diri dari Terbuka Amerika Syarikat (AS) akibat kecederaan, umum penganjur kejohanan pagi ini.

Bekas finalis Wimbledon itu bergelut dengan kecederaan bahagian pinggulnya yang menyaksikan dia terpaksa menarik diri dari pusingan kedua Montreal Masters awal bulan ini.

Ketiadaan Raonic, 28, akan digantikan pemain Poland, Kamil Majchrzak.

Raonic yang juga pemain ranking ke-22 dunia pernah terlepas dua kali Terbuka Perancis akibat kecederaan berkenaan.

Sepanjang penyertaannya di Flushing Meadows itu, dia hanya berjaya mara ke peringkat 16 terbaik.

Dalam pada itu, dua jaguh wanita, Serena Williams akan memulakan aksi pusingan pertama menentang bintang Russia, Maria Sharapova pagi esok. 

Kategori lelaki juga akan memulakan hari pertama bermula malam ini (jam 11 malam waktu Malaysia).

Juara bertahan, Novak Djokovic akan memulakan aksi dengan menentang pemain Sepanyol, Roberto Carballes Baena jam 1.30 pagi nanti manakala Roger Federer bakal berdepan wakil India, Sumit Nagal pagi esok. – AFP

Tinggalkan komen anda