Sarri disah hidap radang paru-paru


shadow

ROME: Pengendali Juventus, Maurizio Sarri disahkan menghidap radang paru-paru (pneumonia) lapor juara Serie A, pagi ini.

Sarri tidak dapat bertugas ketika aksi persahabatan antara Juve menentang Triestina Sabtu lalu susulan ‘selesema berpanjangan’ sejak seminggu lalu.

Namun Sarri kembali mengendali kem latihan semalam tetapi belum sedia melakukan tugasan akibat masalah kesihatan itu.

Juventus menerusi satu kenyataan juga mengesahkan bahawa Sarri sudah menjalani pemeriksaan lanjut dan sedang menerima rawatan.

“Maurizio Sarri, selepas rehat hujung minggu berada di JTC Continassa (fasiliti latihan Juventus) dan hari ini hanya menyelaras kerja kalangan stafnya.

“Malangnya, dia tidak dapat menjalankan latihan di padang susulan selesema yang menjangkiti beliau sejak minggu lalu.

“Pada lewat petang, Sarri menjalani pemeriksaan kesihatan lanjutan yang mengesahkan dia dijangkiti pneumonia.

“Jurulatih itu memberi kebenaran kepada kelab untuk memberitahu perkembangan berhubung kesihatannya.”

Juventus akan memulakan kempen Serie A minggu ini dengan berkunjung ke laman Parma Sabtu ini dan mungkin tanpa bimbingan Sarri. – Agensi 

Tinggalkan komen anda