Solskjaer tak sanggup simpan Sanchez


shadow

LONDON: Alexis Sanchez berdepan dengan tindakan diletakkan di bangku simpanan Manchester United melainkan pemain itu bersetuju berpindah keluar.

Pengurus Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer terdesak untuk membuang pemain yang memperoleh pendapatan £505,000 (RM25.46 juta seminggu) sebelum jendela perpindahan Eropah ditutup pada 2 September ini.

ASRoma mahu meminjam pemain itu tetapi enggan membayar gaji besar pemain itu dan Old Trafford berkemungkinan perlu membantu membayar gaji pemain itu bagi membolehkannya keluar.

Jika tidak, United perlu mengeluarkan £8.6 juta (RM43.36 juta) lagi bagi pembayaran gaji sehingga jendela perpindahan Januari tatkala Solskjaer tidak mahu pemain Chile itu membarisi kesebelasan utama.

Solskjaer tidak berminat dengan penyerang Chile itu sejak hari pertama lagi, dengan pemain itu gagal menyerlah di United.

Sanchez juga dikatakan membawa impak negatif di bilik persalinan ketika bersama Jose Mourinho.- AGENSI

Tinggalkan komen anda