Tsitsipas ke suku akhir Terbuka Washington


shadow

WASHINGTON: Pemain nombor enam dunia, Stefanos Tsitsipas mara ke pusingan suku akhir ATP Terbuka Washington dengan menewaskan pemain Australia, Jordan Thompson 6-3, 7-6 (7/4) awal pagi tadi.

Pemain pilihan utama Greece berumur 20 tahun itu memerlukan 99 minit dalam acara pemanas badan menjelang Terbuka Amerika Syarikat itu.

Tsitsipas menewaskan Roger Federer pada Januari lalu ketika pusingan separuh akhir Terbuka Australia, memburu gelaran keempat ATP selepas memenanginya pada Oktober lalu di Stockholm, di Marseille pada Februari lalu dan di Estoril pada Mei lalu.

Tsitsipas mara separuh akhir di Washington tahun lalu dan seminggu lalu muncul pemain termuda menewaskan 10 pemain terbaik ATP dalam minggu sama sebelum tewas kepada Rafael Nadal dalam final Master Kanada.

Dalam pusingan suku akhir, Tsitsipas akan bertemu pemenang antara pemain pilihan kelima dari Amerika Syarikat, John Isner dan pemain pilihan ke-10 dari Perancis, Benoit Paire.

Pilihan keenam dari Croatia, Marin Cilic yang juga juara Terbuka AS 2014 menewaskan pilihan kesembilan dari Kanada, Felix Auger-Aliassime 6-3, 6-4.

Auger-Aliassime, pemain termuda dalam 100 pemain terbaik dunia di umurnya 18 tahun, tidak gembira dengan persembahannya yang menyaksikan dia melakukan kesalahan berganda sebanyak 11 kali.

“Saya bermain sangat teruk, mungkin salah satu perlawanan terburuk yang saya pernah lalui,” katanya. “Saya tahu ia apa yang menyebabkannya. Jadi ia adalah sukar bagi saya. Dalam apa cara juga saya rasa saya tak dapat lakukan apa kemampuan sebenar saya.” – AFP 

Tinggalkan komen anda