United cuba dapatkan Llorente


shadow

MANCHESTER: Manchester United kini menukar tumpuan mereka untuk mendapatkan Fernando Llorente ketika jendela perpindahan memasuki hari-hari terakhir dan mereka dilaporkan kini ‘mendahului perlumbaan.’

Beberapa pasukan sedang memantau Llorente musim panas ini dengan pemain Sepanyol itu akan menjadi ejen bebas selepas meninggalkan Tottenham.

United semakin hampir bersetuju dengan syarat bersama pemain itu yang akan menjadi pemain sokongan kepada Romelu Lukaku yang akan meninggalkan kelab, lapor Sky Italia.

United kini menunggu penilaian terhadap Lukaku sebelum boleh membuat sebarang keputusan.

Juventus dan Inter Milan dikatakan berminat dengan pemain itu dengan tawaran Inter beberapa kali ditolak.

Juve dijangka akan menerima penilaian ditetapkan United dan melengkapkan perjanjian buat Lukaku seblum tarikh tutup perpindahan Jumaat ini sekiranya mereka dapat menjual Paulo Dybala ke Tottenham.

United juga memiliki masa yang cukup kerana boleh menandatangani Llorente selepas jendela perpindahan kerana penyerang itu sudah tiada kelab.

Gergasi Itali, Roma juga dikaitkan dengan Llorente dan dikatakan kelab itu akan memikirkannya jika mereka menerima tawaran sesuai buat Edin Dzeko atau Patrik Schick. – Agensi

Tinggalkan komen anda