Vettel tak sabar berehat


shadow

BUDAPEST: Sebastian Vettel berkata beliau bersedia untuk bercuti daripada Formula Satu selepas dia dan rakan pasukannya di Ferrari, Charles Leclerc masing-masing menamatkan saingan Grand Prix Hungary di tempat ketiga dan keempat, semalam.

Juara sebanyak empat kali itu yang belum memperoleh sebarang kejuaraan selama setahun akan mengetuai pasukannya di Grand Prix Belgium bulan depan, mengakui beliau dan Ferrari tidak dapat menyaingi pesaing dari Mercedes yang kini menyaksikan pelumbanya, Lewis Hamilton mendahului pelumba keseluruhan dan Max Verstappen dari Red Bull di tempat kedua.

“Kami tidak boleh mengejar rentak mereka berdua. Ia jelas sekali dan alangkah bagusnya kini boleh berehat. Semua orang bekerja keras dan kami perlu ‘cas semula bateri’ kami,” katanya.

“Saya gembira untuk mendapatkan champagne sekarang! Kami bekerja dan berharap (tayar) lembut akan bertahan hingga ke akhirnya – dan ia berhasil.”

Vettel, yang ketinggalan 94 mata di belakang Hamilton meski menduduki dua kali berturut-turut berada di podium, tidak yakin Ferrari akan kembali bangkit pada GP Itali dan Belgium.

“Di atas kertas, mereka kelihatan lebih baik daripada kami dan kami tahu kami mempunyai jentera yang bagus, tetapi kami tidak tahu apa yang orang lain lakukan daripada segi penambahbaikan,” katanya.

“Ia bakal menjadi waktu rehat yang sibuk bagi kami dan tidak ada sesiapa dapat berehat daripada berfikir dalam beberapa minggu ini.” – AFP

Tinggalkan komen anda