Klopp tak tolak kemudi Jerman


shadow

LONDON: Jurgen Klopp mengakui dia tidak begitu yakin tugas mengendalikan skuad kebangsaan Jerman sesuai untuknya tetapi akan memikirkannya jika menerima tawaran.

Bos Liverpool itu dipercayai menjadi sasaran utama Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) untuk menggantikan Joachim Loew  apabila kontrak pemenang Piala Dunia itu berakhir pada 2022.

Kontrak Klopp di Anfield akan berakhir pada musim panas ini dan dia masih belum menandatangani sebarang perjanjian lanjutan disebalik minat yang ditunjukkan pengurusan tertinggi Kop.

Ketika ditanya mengenai situasi itu, Klopp yang pernah berkata ingin bercuti selepas tempohnya di Merseyside berakhir mengakui dia tidak berminat untuk melatih skuad kebangsaan ketika ini tetapi mengakui situasi mungkin akan berubah pada masa depan.

“Sukar untuk saya menyatakannya. Saya tidak tahu jika saya menggemarinya. Kini, setakat hari ini, saya tidak menyukainya. Ketika ini, saya benar-benar gembira dengan apa yang saya lakukan dan itulah yang paling mustahak.

“Saya juga tidak boleh berkata adalah 100 peratus saya adalah pengganti yang sebenar (kepada Loew). Jika soalan itu timbul, saya akan memikirkannya, tetapi bukan sekarang.”

Liverpool yang menjulang trofi Liga Juara-Juara musim lalu menghuni tangga teratas Liga Perdana dengan rekod kemenangan 100 peratus selepas mengharungi lapan perlawanan.

Perlawanan liga berikutnya selepas rehat antarabangsa ialah bertemu seteru tradisi, Manchester United dan usaha pasukan itu menamatkan kemarau kejuaraan liga. – Agensi

Tinggalkan komen anda