Budak kutip bola bantu gol Kane


shadow

LONDON: Pengurus Tottenham, Jose Mourinho berterima kasih kepada ‘budak Milo’ selepas turut terbabit dalam jaringan Harry Kane ketika menentang Olympiacos, pagi tadi.

Ketika Tottenham ketinggalan 2-1, bola terkeluar untuk lontaran ke dalam kepada tuan rumah dan pengutip bola itu memberikan bola dengan pantas kepada Serge Aurier.

Lontaran Aurier kemudiannya menemui Lucas Moura dan pemain Brazil itu melakukan hantaran lintang yang disudahkan Kane untuk gol penyamaan.

Mourinho yang mengendalikan pasukannya buat kali pertama di laman sendiri mengakui pengutip bola itu ‘berjasa’ atas sumbangannya kepada jaringan Kane itu.

Dia memuji pengutip bola itu selepas perlawanan dan berkata ‘saya suka pengutip bola yang bijak. Saya juga pengutip bola yang bijak ketika kecil dan budak ini memang pintar.

Mourinho berterima kasih kepada ‘budak Milo’ selepas turut terbabit dalam jaringan Harry Kane ketika menentang Olympiacos, pagi tadi.

“Dia memahami perlawanan ini dan dia melakukan bantuan gol. Dia tidak berada di sana untuk duduk di tempat penyokong. Saya cuba mengajaknya ke bilik persalinan tetapi dia lesap.”

Pada aksi terbabit, Olympiacos mengejutkan Spurs apabila mendahului dua gol menerusi jaringan Youssef El-Arabi dan Ruben Semedo.

Namun, mereka bangkit mengikat kedudukan menerusi Dele Alli serta Kane sebelum Aurier meledak gol ketiga dan Kane menambah gol kedua peribadinya untuk menjadikan kedudukan 4-2. – Agensi 

Tinggalkan komen anda