Pastikan gawang negara tak bolos – Shahrul


shadow

KUALA LUMPUR: “Bukan tugas pertahanan saja! Itu peringatan ringkas kapten negara, Shahrul Saad terhadap rakan sepasukannya menjelang aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Shahrul berkata, sokongan pemain dari posisi lain juga ditagih bagi memastikan misi pasukan menamatkan kempen 2019 dengan kejayaan selain memastikan gawang negara tidak dibocori.

“Kali ini saya dapat rasakan banyak perkara positif yang kami terima terutamanya selepas menang dengan Tajikistan dan Thailand. Esok (hari ini) kami perlu teruskan momentum sama seperti yang kami sudah lakukan sebelum ini.

“Kami tidak mahu dibolosi. Saya harap, bukan saja pertahanan tetapi semua pemain harus lebih fokus daripada segi bertahan,” katanya ketika sidang media pra perlawanan semalam.ADVERTISING

Berdasarkan empat perlawanan awal Kumpulan G, gawang Harimau Malaya bocor enam kali termasuk dua jaringan Indonesia pada aksi pembukaan, September lalu.

Dalam masa sama, Shahrul yang menjadikan Brendan Gan sebagai rujukan berkata dia enggan melihat kejayaan yang diimpikan dipalit dengan kontroversi membabitkan hal luar padang.

“Ketika aksi di Indonesia, macam-macam yang berlaku. Semua itu sudah jadi pengalaman dan saya harap di Bukit Jalil nanti, tiada lagi provokasi seperti yang berlaku sebelum ini.

“Buat penyokong, hadirlah ke stadium menyaksikan perlawanan dan berikan sokongan kepada pasukan masing-masing,” katanya.

Tinggalkan komen anda