Badminton berpasukan gagal tebus emas


shadow

MANILA: Skuad badminton lelaki negara terlepas pingat emas acara berpasukan selepas tewas 1-3 di tangan Indonesia dalam aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa di sini, sebentar tadi.

Langkah skuad negara bermula sumbang selepas perseorangan lelaki pertama, Lee Zii Jia tewas di tangan Jonathan Cristie 9-21, 17-21.

Bagaimanapun, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila menyamakan kedudukan selepas mengatasi Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 21-17, 21-13.

BEREGU lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik beraksi dalam aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa. – Foto BERNAMA

Perseorangan kedua negara, Soong Joo Ven hampir melakar kejutan menyumbang mata kedua apabila memberi tentangan sengit kepada Anthony Ginting sebelum tewas 21-13, 15-21, 18-21.

Beregu kedua negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang diharapkan mampu menyamakan kedudukan gagal melaksanakan misi itu apabila tewas di tangan Wahyu Nayaka-Ade Yusuf Santoso 16-21, 19-21.

Ini adalah kali kedua berturut-turut Malaysia tewas di tangan Indonesia dalam aksi final berpasukan selepas mengalami nasib sama dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Tinggalkan komen anda