Ironman Langkawi terus lakar kejayaan


shadow

KUALA LUMPUR: Sejak mula dipertandingkan pada tahun 2000, penganjuran Ironman Langkawi terus melakar kejayaan unik dengan edisi 2019 baru-baru ini menyaksikan pelbagai rekod berjaya dipecahkan.

Atlet dari Sepanyol, Javier Gomez cemerlang memahat namanya sebagai pemenang serta melakar rekod baru dengan catatan baharu 8 jam 18 minit 58 saat (s).

Ia mengatasi masa 8.32:54s yang dilakukan atlet dari Perancis, Romain Guillaume pada edisi 2017.

Selain itu, edisi 2019 turut melakar rekod penyertaan tertinggi dalam sejarah saingan apabila lebih 2,500 peserta mendaftar.

Mengakui gembira dengan kejayaan yang dilakarnya di Langkawi, Gomez berkata kemenangan itu akan membantunya untuk menghadapi temasya Olimpik 2020 di Jepun.

“Saya gembira dapat mengharungi perlumbaan dengan cuaca panas seperti ini. Ia adalah pengalaman yang bagus bagi saya. Saya akan berehat terlebih dulu sebelum bersedia untuk Olimpik Tokyo,” katanya. 

Atlet Switzerland, Philipp Koutny kedua (8.24:18s) diikuti Thiago Vinhal (Brazil) dengan masa 8.31:15s.

Bagi saingan wanita, Tessa Kortekaas dari Belanda yang tampil buat kali pertama sebagai atlet profesional muncul juara dengan 9.43:19s. 

Penyertaan tertinggi adalah dari Malaysia seramai 910 pelumba merangkumi 35.5 peratus dari jumlah keseluruhan diikuti Jepun (11 peratus), Singapura (6.5 peratus) dan Indonesia (5.1 peratus).

Tinggalkan komen anda