Arteta pening prestasi Arsenal


shadow

LONDON: Mikela Arteta berkata dia melihat dua sisi berbeza Arsenal selepas persembahan jauh lebih baik di babak kedua memberikan kemenangan 1-0 ke atas Leeds dalam aksi pusingan ketiga Piala FA.

The Gunners menghukum ketumpulan jentera serangan Leeds yang mensia-siakan deretan peluang di babak pertama sebelum Reiss Nelson meledak gol kemenangan 10 minit selepas rehat.

Bagaimanapun Arteta tidak gemar dengan cara skuad kendaliannya memulakan permainan dan mendakwa banyak yang dipelajarinya daripada kemenangan 2-0 ke atas Manchester United pada Tahun Baru.

“Sekarang saya berpuas hati tetapi saya melihat dua sisi berbeza pasukan di babak pertama dan kedua,” kata Arteta.

“Kami mengubah sikap kami, kesungguhan kami dan permainan kami di babak kedua dan ia jelas berbeza.

PEMAIN Arsenal, Reiss Nelson meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Leeds pada aksi Piala FA di Stadium Emirates. – Foto Reuters

“Saya lihat mereka bangkit apabila tewas kepada Chelsea dan bertindak balas apabila menang hanya satu perlawanan.”

Leeds dijangka akan sering bertandang ke Emirates apabila ketika ini mereka sedang menerajui Liga Kejuaraan dan menunjukkan kemampuan mereka dengan menguasai 45 minit pertama permainan.

Pemain pinjaman dari Manchester City Jack Harrison dua kali memaksa penjaga gol Arsenal Emiliano Martinez dan Patrick Bamford menyaksikan percubaannya terkena palang.

Ezgjan Alioski turut menguji kecekapan Martinez di gawang selepas mendapat hantaran cantik daripada Harrison.

Kata-kata Arteta ketika rehat menyaksikan Arsenal bangkit dengan sepakan percuma Alexandre Lacazette dinafikan palang gol.

“Dia banyak menjerit. Dia tidak gembira kerana kami tahu mereka akan bermain begini dan kami tidak menghormati apa yang diperkatakannya,” kata Lacazette berkenaan reaksi Arteta di bilik persalinan.

Arsenal akan bertemu Bournemouth pada pusingan keempat kejohanan. – AFP

Mikela Arteta. – Foto Reuters

Tinggalkan komen anda