Atletico Madrid ke final Piala Super


shadow

JEDDAH: Atletico Madrid bangkit menewaskan Barcelona 3-2 dalam saingan Piala Super Sepanyol di sini malam tadi sekali gus mara ke final untuk berdepan Real Madrid.

Atleti akan berdepan Real di Stadium Raja Abdullah di Jeddah Ahad ini selepas gol lewat mereka menghampakan penganjur yang mahu melihat aksi ‘Clasico’ antara dua pasukan gergasi La Liga itu.

Sayap Argentina, Angel Correa muncul wira dengan jaringan minit ke-86 melengkapkan  kebangkitan Atletico selepas Barca menguasai babak kedua.

Terdahulu, Koke meletakkan Atletico di depan sejurus babak kedua bersambung namun disamakan oleh Lionel Messi levelled pada minit ke-51.

Jaringan kedua Messi kemudian dibatalkan susulan rujukan VAR.

Bekas penyerang Atletico, Griezmann kembali meletakkan Barca di depan hasil gol minit ke-65 disusuli jaringan Gerard Pique namun golnya turut dibatalkan VAR akibat ofsaid.

Penyerang Barcelona, Antoine Griezmann mengawal bola ketika menentang Atletico Madrid, malam tadi. – Foto AFP

Pada babak kedua itu juga, Atleti bekerja keras mengekang ombak serangan Barca dan beroleh gol penyamaan hasil penalti yang disempurnakan Alvaro Morata pada minit ke-81.

“Ia perlawanan yang pelik, ia sengit dan sukar tapi kami bernasib baik dan berjaya mengubah keputusan untuk merakam kemenangan,” kata Correa.

“Kami mencapai kejayaan kerana kami berasa yakin, kami sentiasa mahukan kemenangan, kami melakukannya dan kini sangat gembira.”

Griezmann dalam pada itu akur dengan tenaga dimiliki pemain Atletico.

“Kami tewas akibat kesilapan di hujung saingan dan mereka memiliki tenaga manakala kami keletihan,” katanya. – Reuters

Tinggalkan komen anda