Kereta dinaiki Baloteli langgar kedai roti


shadow

ROME: Mario Baloteli memulakan 2020 dengan cara tersendiri apabila terbabit dalam kemalangan kereta pada jam 6 pagi tahun baharu hari ini.

Penyerang Itali itu berada di tempat duduk penumpang kereta Fiat 500 Abarth apabila ia melanggar pintu kedai roti di utara Brescia.

Rakan pemain itu dilaporkan memandu kenderaan itu selepa sambutan di sebuah kelab malam.

Dikatakan kenderaan itu melanggar penghadang sebelum memecahkan pintu kedai roti berkenaan.

Tiada individu dalam kenderaan itu cedera dan Balotelli pulang ke rumahnya berdekatan Mompiano dengan berjalan kaki.

Bagaimanapun kereta Fiat itu rosak teruk.

Balotelli, 29, menyertai Brescia pada musim panas lalu yang dilabelkan sebagai sesuatu yang hebat dengan pulang ke tempat dia membesar. – Agensi

Tinggalkan komen anda