Maguire bakal terlepas aksi Piala Liga


shadow

MANCHESTER: Pertahanan Manchester United Harry Maguire mungkin akan terlepas aksi separuh akhir pertama Piala Liga bertemu Manchester City esok selepas mengalami kecederaan ketika saingan Piala FA, kata pengendalinya Ole Gunnar Solskjaer.

Maguire, yang ditandatangani United akhir musim lalu, cedera di kaki ketika babak pertama perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers tetapi bermain 90 minit penuh sebelum seri 0-0.

“Kami hampir mengeluarkannya ketika rehat tetapi dia meneruskan permainan,” kata Solskjaer. “Kami tidak pasti sama ada dia mampu meneruskannya, tetapi dia bertegas mengatakan yang dia mampu.”

Ketiadaan Maguire menyukarkan lagi pilihan buat Solskjaer, dengan bek tengah Eric Bailly dan Marcos Rojo turut diketepikan dan United sudah kehilangan pemain tengah Paul Pogba dan Scott McTominay.

Solskjaer berharap mendapat semula khidmat Anthony Martial dan Jesse Lingard menjelang pertembungan dengan tetangganya City esok selepas mereka terlepas aksi Wolves atas masalah kesihatan. – REUTERS

Tinggalkan komen anda