Moyes cetus impak di West Ham


shadow

LONDON: David Moyes membuat penampilan sempurna dalam penggal keduanya bersama West Ham selepas dua gol jaringan Mark Noble dan satu lagi masing-masing oleh Felipe Anderson dan Sebastien Haller memberikan Hammers kemenangan 4-0 di laman sendiri ke atas Bournemouth.

Moyes, yang menyelamatkan kelab itu daripada disingkirkan pada musim 201-7-18 dan menggantikan Manuel Pellegrini Ahad lalu, menyaksikan West Ham mempamer persembahan terbaik mereka selepas musim yang tidak konsisten.

Noble menjaringkan gol pembukaan buat tuan rumah pada minit ke-17 dari jarak 20 meter sebelum Haller menggandakan jaringan dengan gol mengagumkan lapan minit kemudian, menyempurnakan sepakan lintang Ryan Fredericks dengan aksi akrobatik.

Noble memanfaatkan sepakan penalti buat West Ham pada minit ke-35 selepas dia dikasari Harry Wilson ketika cuba mengatasi penyerang Bournemouth itu.

Anderson menambah gol keempat menerusi sepakan pada babak kedua sebelum video bantuan pengadil (VAR) membatalkan kad merah buat pertahanan West Ham, Aaron Cresswell.

Keputusan itu meletakkan West Ham di kedudukan 16 keseluruhan dengan 22 mata daripada 20 perlawanan sementara Bournemouth, yang memperoleh 20 mata tergelincir ke zon penyingkiran selepas kekalahan kelapan liga daripada 10 perlawanan terakhir. – REUTERS

Tinggalkan komen anda