Real Madrid ke final Piala Super


shadow

JEDDAH, Arab Saudi: Toni Kroos menjaringkan gol menarik terus dari sepakan sudut dalam kemenangan 3-1 Real Madrid ke atas Valencia untuk mara ke final Piala Super Sepanyol yang diadakan di Arab Saudi.

Kroos memerangkap penjaga gol Jaume Domenech sebelum Isco menjadikan kedudukan 2-0 dan Luka Modric melengkapkan kemenangan dengan  sepakan lencong.

Dani Parejo menjaringkan gol tunggal Valencia menerusi sepakan penalti.

“Saya gembira dengan persembahan keseluruhan,” kata pengendali Madrid Zinedine Zidane. 

“Untuk gol Isco, mungkin kerana dia amat memerlukannya, kepintaran Kroos dan sesuatu yang hanya Modric mampu lakukan. Tetapi ini baru separuh akhir, kami belum menang apa-apa.”

Madrid turun tanpa dua peledak utama mereka – Karim Benzema yang cedera hamstring dan Gareth Bale yang mengalami jangkitan tekak.

Zidane tidak menolak kemungkinan Bale akan kembali bersama mereka pada aksi final tetapi pemain Wales itu tidak berlatih sepanjang minggu. – AFP

Tinggalkan komen anda