‘Yang Biasa’ baik-baik sahaja – Klopp


shadow

LONDON: Jurgen Klopp sudah bersedia untuk berdepan Jose Mourinho ‘Yang Teristimewa’ namun pengendali Liverpool itu menganggap dirinya sebagai ‘Yang Biasa.’

Pakar taktikal Jerman itu sudah menunjukkan reputasinya selaku antara jurulatih terbaik dalam arena bola sepak selepas merangkul gelaran Eropah dan  gelaran dunia.

Selepas memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Kelab Dunia, kini tumpuan The Reds akan terarah untuk membawa trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Anfield.

Pertembungan menentang Spurs awal pagi Ahad ini bakal menyaksikan dia sekali lagi akan bertemu bekas jurulatih Chelsea dan Manchester United itu namun dia tampak enggan bercakap besar.

“Yang Biasa’ baik-baik sahaja,” kata Klopp ketika ditanya sama ada dia gembira dengan gelaran terbabit.

“Tiada apa yang istimewa pun mengenai saya. Apa yang saya faham adalah anda lakukan perkara yang anda minati 100 peratus dan gunakan pemain hebat yang anda miliki.

“Semua orang melakukan tugas masing-masing dan di penghujungnya, hasilnya jadi baik dan ia bukannya istimewa sangat. Ini perkara yang normal.” -Agensi

Tinggalkan komen anda