Salah positif COVID-19


shadow

Persatuan Bolasepak Mesir mengumumkan bintangnya, Mohamed Salah disahkan positif COVID-19 tetapi tanpa sebarang gejala.

Jurucakap persatuan itu berkata ujian calitan yang dijalankan ke atas skuad kebangsaan “menunjukkan pemain antarabangsa kami, Mohamed Salah, bintang Liverpool dijangkiti coronavirus.

Pemain sayap Mesir itu menjadi bintang terbaru Reds yang dijangkiti virus selepas Sadio Mane, Thiago Alcantara dan Xherdan Shaqiri.

Perkembangan terkini itu sudah pasti merisaukan Liverpool selepas mereka berdepan krisis kecederaan pemain.

Beberapa hari sebelum Salah positif, Joe Gomez terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut manakala Trent Alexander-Arnold turut mengalami kecederaan ketika menentang Man City. – Agensi

Tinggalkan komen anda