7,000 telur penyu dirampas


shadow

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, telur penyu bernilai RM12,600 ditemui di dalam ruangan pam bot yang ditinggalkan di sungai itu pada 2.30 pagi.

Menurutnya, rampasan itu dibuat hasil maklumat risikan pegawai serta anggota Unit Risikan Marin (URM) menggunakan bot ronda PSC 13 PPM Sandakan di kawasan berkenaan yang mengesan sebuah bot berkapasiti dua enjin pam memecut laju sebelum terkandas di kawasan cetek.

“Juragan bot yang juga disyaki pemilik telur penyu bertindak melarikan diri selepas pam bot dikendalikannya terkandas di kawasan air cetek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata, barang rampasan di bawa ke Markas Operasi PPM Sandakan bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan ke Jabatan Hidupan Liar Sandakan untuk tindakan lanjut

Tinggalkan komen anda