Kabin pekerja terbakar, seorang mangsa rentung


shadow

HULU SELANGOR – Seorang mangsa dilaporkan rentung dalam satu kejadian kebakaran sebuah kabin pekerja di tapak pembinaan berhampiran Jalan Kubu menghala ke Pekan Rasa awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.49 pagi.

Beliau berkata, anggota JBPM dan jentera penyelamat turut digegaskan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat selepas menerima laporan.

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat sejurus tiba di lokasi kejadian yang terletak berhampiran Jalan Kubu menghala ke Pekan Rasa. Foto: Ihsan JBPM
“Setibanya di lokasi, anggota JBPM mendapati sebuah kabin pekerja terbakar sepenuhnya.

“Terdapat seorang mangsa dipercayai lelaki rentung dalam kebakaran itu dan buat masa ini identitinya masih belum dikenalpasti.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda