Wanita kena raba lelaki ketika bantu baiki tayar kereta


shadow

SUNGAI BULOH – Seorang pekerja insurans berdepan detik menakutkan selepas didatangi lelaki yang membantunya untuk membaiki tayar keretanya yang rosak di Lebuhraya Guthrie, di sini semalam.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi.

Semasa wanita itu hendak membaiki tayar keretanya, seorang lelaki yang datang membantu mengatakan terdapat satu skru yang tidak boleh dibuka.

Difahamkan, lelaki terbabit bertindak memegang punggung mangsa berusia lingkungan 20-an itu sebelum mengajak mangsa masuk ke dalam kereta dengan alasan cuaca panas.

Mangsa yang mengikut arahan lelaki terbabit bagaimanapun telah diraba di bahagian paha. Lelaki terbabit juga dipercayai cuba memegang buah dada mangsa namun sempat dihalang mangsa.

Mangsa kemudian keluar daripada keretanya selepas kehadiran dua peronda lebuh raya yang membantu untuk menukar tayar.

Setelah selesai, lelaki terbabit menyuruh mangsa masuk ke dalam kereta semula. Mangsa telah diraba di bahagian dada sebelum lelaki itu terus beredar.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda