Kastam rampas dadah RM676 juta


shadow

KUALA SELANGOR – Tular di media sosial Facebook berhubung rampasan dadah disyaki jenis ketamin dan kokain bernilai RM676 juta di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam.

Hantaran itu dimuat naik pengendali Facebook yang menggunakan akaun nama ‘Kuala Selangor Official’ kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Menurut akaun Facebook berkenaan, sebanyak 11 guni putih mengandungi serbuk putih dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram.

“(Sebanyak) 23, 230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih dadah jenis kokain dengan berat kasar 3, 230 kg dadah (3.23 tan),” katanya.

Status itu mendapat pelbagai tanda daripada media sosial, dengan mendapat 222 komen dan 292 perkongsian daripada pengendali media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab mengesahkan rampasan terbabit.

Katanya, siasatan dan rampasan dadah itu dibuat Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Laporan polis mengenai rampasan berkenaan juga telah dibuat,” katanya.

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda