Pasangan kekasih antara ditahan edar dadah


shadow

KUALA LUMPUR – Kelicikan sindiket pengedaran dadah sejak tiga bulan lalu di sekitar Lembah Klang tumpas dengan tertangkapnya tiga individu termasuk sepasang kekasih di kawasan Laman Rimbunan Kepong di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, bertindak menerusi maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berjaya menahan ketiga-tiga suspek terbabit kira-kira jam 11 malam.

“Tangkapan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga 39 tahun.

Antara rampasan yang dibuat susulan tertangkapnya tiga individu di Kepong, Selasa lalu.

“Pemeriksaan dalam kenderaan jenis Nissan Navara yang dinaiki mereka menemukan 10 paket plastik lut sinar disyaki ketamin. Turut dirampas wang tunai berjumlah RM13,650,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul, hari ini.

Beliau berkata, soal siasat kemudian membawa kepada serbuan di sebuah premis dan kondominium di sekitar Kepong.

Katanya, dalam serbuan berkenaan polis berjaya merampas 26 paket ketamin, 58 paket serbuk ekstasi, 1,255 biji pil ekstasi, 120 biji pil eramin 5 serta 87 batang rokok berisi ganja.

“Dianggarkan kesemua nilai rampasan dadah ini bernilai RM117,650,” katanya.

Antara rampasan yang dibuat susulan tertangkapnya tiga individu di Kepong, Selasa lalu.
<
Tambahnya, ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati salah seorang suspek positif dadah selain memiliki satu rekod dadah,” katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya percaya sindiket yang didalangi warga tempatan ini telah aktif sejak tiga bulan lalu di sekitar daerah Sentul dan Lembah Klang.

“Kesemua suspek ini kini direman tujuh hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-SInar Harian

Tinggalkan komen anda