Putera Andrew sanggah dakwaan


shadow

LONDON: Putera Andrew dari Britain menolak sebarang kenyataan yang mengaitkan dirinya dengan kegiatan jenayah seks yang didakwa dilakukan pakar kewangan, Jeffrey Epstein, kata Buckingham Palace dalam kenyataan.

Epstein didakwa membunuh diri (dengan cara menggantung dirinya) di sel penjara Manhattan awal bulan ini ketika ditahan atas tuduhan jenayah pemerdagangan seks.

“Duke of York terkejut dengan laporan media baru-baru ini mengenai kegiatan jenayah Jeffrey Epstein,” kata Buckingham Palace dalam kenyataan.

“Duli Yang Mulia kecewa dengan eksploitasi ke atas sesiapa sahaja dan cadangan bahawa dia membenarkan, menyertai atau menggalakkan perlakuan sebegitu adalah menjijikkan,” kata kenyataan itu.

Media British termasuk Daily Mail menerbitkan gambar putera raja itu yang juga anak kedua Queen Elizabeth, melambaikan tangan kepada seorang wanita dari dalam sebuah rumah agam di Manhattan milik Epstein.

The Mail berkata gambar itu dirakam pada 2010 iaitu dua tahun selepas Epstein mengaku bersalah atas dakwaan pelacuran dan didaftarkan sebagai pesalah seks.

-myMetro

Tinggalkan komen anda