Tiga buruh berdepan hukuman gantung


shadow

KEMAMAN – Tiga buruh bakal berdepan hukuman gantung hingga mati selepas ditahan bersama 520 biji pil yaba dianggarkan bernilai RM7,800 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Batu 4 Binjai, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Pemangku Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga lelaki yang dicekup berusia antara 45 dan 49 tahun.

“Hasil serbuan yang dilakukan, polis menangkap kesemua suspek di sebuah bilik bahagian belakang rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan, kita turut menemui sejumlah dadah jenis yaba.

“Keseluruhannya, sebanyak 520 biji pil yaba kita rampas yang harga pasarannya dipercayai RM15 sebiji,” katanya.

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kesemua suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda