Polis buntu banyak kes bunuh


shadow

CAPE TOWN: Purata kematian 58 orang sehari di Afrika Selatan menyebabkan polis mahu campur tangan pakar psikologi untuk membantu mereka mencari punca apabila kebanyakan mangsa dibunuh rakan dan ahli keluarga sendiri.

AFP melaporkan, seramai 21,022 orang dilaporkan mati dibunuh antara April 2018 hingga Mac tahun ini yang menunjukkan peningkatan sebanyak 1.4 peratus dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

“Bilangan mangsa yang dibunuh oleh individu dikenali terlalu ramai. Ini memberi kesukaran kepada polis,” kata menteri polis, Bheki Cele.

Kebanyakan pembunuh dilaporkan menggunakan pistol, pisau dan pelbagai senjata tajam lain.

Satu lagi perkara yang menjadi kebimbangan di negara itu apabila angka menunjukkan seramai 1,014 mangsa terdiri daripada kanak-kanak iaitu 29 orang lebih ramai berbanding tempoh 12 bulan sebelumnya.

-myMetro

Tinggalkan komen anda