Budak koma jatuh pangsapuri


shadow

BUDAK lelaki koma selepas terjatuh balkoni tingkat dua rumahnya di Kuarters Bomba Pangsapuri Setia Wira, Taman Perai Utama, Bukit Mertajam, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 11 tahun dikatakan memanjat balkoni kerana mahu masuk melalui pintu dapur sebelum tergelincir dan terjatuh dalam keadaan muka tersembam di tingkat bawah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika kejadian mangsa tinggal seorang diri dan dia dikatakan keluar rumah tanpa membawa kunci.

“Ibunya berusia 33 tahun dan bekerja sebagai juruwang keluar rumah jam 9.30 pagi manakala bapa tirinya yang berusia 46 tahun berada di surau berhampiran kerana menghadiri program ceramah.ADVERTISING

“Hasil siasatan lanjut, ahli keluarganya memberitahu yang mangsa kemungkinan terlupa membawa kunci ketika keluar rumah dan memanjat balkoni di tingkat dua kerana mahu masuk melalui pintu dapur,” katanya.

Nik Ros Azahan berkata, mangsa bagaimanapun tergelincir dan terjatuh dari tingkat dua balkoni terbabit hingga menyebabkan kepalanya berlumuran darah.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya sebelum dipindah ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan masih belum sedarkan diri.

“Selain ibu kandung serta bapa tirinya, kita turut mengambil keterangan daripada jiran untuk siasatan lanjut,” katanya.

-myMetro

Tinggalkan komen anda