Pusat khidmat MP Johor Bahru dibaling cat merah, bangkai ayam


shadow

JOHOR BAHRU – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di Taman Larkin Idaman di sini dibaling cat merah dan bangkai ayam dipercayai berlaku malam tadi.

Ahli Parlimennya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkara berkenaan mula disedari pihaknya apabila salah seorang kakitangan pusat khidmat itu mahu membuka premis berkenaan kira-kira jam 7.20 pagi hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh staf saya yang pusat khidmat telah disimbah cat merah selain diletakkan satu bangkai ayam di hadapan pintu masuk.

“Tindakan itu turut disertakan dengan satu mesej ugutan kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda