Sesak 7 km dekat Terowong Menora


shadow

LEBUHRAYA Utara Selatan (PLUS) arah selatan dari Sungai Perak menuju ke Terowong Menora sesak kira-kira 7 hingga 10 kilometer berikutan kemalangan membabitkan lori tangki membawa muatan simen terbabas sendiri dan menghalang lorong kanan dan tengah lebuh raya.

Jurucakap PLUS memberitahu, kejadian dilaporkan berlaku 7.22 pagi tadi dan lorong kanan dan tengah laluan berkenaan dibuka semula, 1.15 tengah hari tadi

Bagaimanapun katanya, lorong kiri masih lagi ditutup dan trafik masih bergerak perlahan dari Sungai Perak menuju ke Terowong Menora.

Sementara itu, PLUS turut meminta pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif dengan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar atau Changkat Jering bagi mengelak kesesakan.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, kemalangan membabitkan sebuah treler dan lori tangki simen itu turut menyebabkan seorang penumpang lori wanita berusia 36 tahun cedera.

-myMetro

Tinggalkan komen anda