Sindiket proses dadah dalam bangsal terbongkar


shadow

GOMBAK – Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Selangor membongkar penyalahgunaan dadah selepas serbuan ke atas makmal memproses heroin di sebuah bangsal di kawasan penternakan lembu dan ikan Bukit Beruntung, Hulu Selangor semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, melalui tujuh serbuan yang dilakukan, polis merampas dadah jenis heroin dan kafien masing-masing seberat seberat 15.97 kilogram (kg) dan 28.8kg dengan anggaran keseluruhan ialah RM222,960

Menurutnya, polis turut memberkas 11 individu termasuk seorang wanita dan kesemua mereka berusia dalam lingkungan 34 hingga 53 tahun.

“Kita juga menahan seorang lelaki yang berperanan sebagai ahli kimia tidak bertauliah untuk memasak dadah berkenaan.

“Siasatan mendapati empat daripada individu yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini hari ini.

Menurutnya, sindiket berkenaan telah beroperasi lebih setahun.

Kesemua individu itu ditahan reman sehingga 3 Disember ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Sinar Harian

Tinggalkan komen anda