Penjawat awam bersama pistol antara 8 lelaki seludup rokok ditahan


shadow

KUALA LUMPUR – Lapan lelaki tempatan termasuk dua penjawat awam telah ditahan dalam operasi di Klang Selangor semalam, susulan Op Asap  di Tapah, Perak pada 23 Disember lalu membabitkan sindiket pengedaran rokok seludup yang bergiat aktif di Semenanjung Malaysia.

Mereka yang ditahan itu terdiri seorang lelaki India dan tujuh Melayu berusia antara 20 hingga 49 tahun.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, sejumlah 12,600 karton rokok putih jenama Concept telah dirampas.

Hasil semakan mendapati kesemua rokok seludup berkenaan menggunakan setem kastam ‘Duty Paid’ yang disyaki dipalsukan.

WhatsApp-Image-2019-12-27-at-17

Turut dirampas sepucuk pistol jenis Glock 19C bersama satu kelopak peluru berisi 10 butir peluru hidup milik salah seorang penjawat awam yang ditahan.

Polis juga merampas enam kenderaan terdiri daripada sebuah lori dan lima kereta.

Jumlah rampasan dianggarkan berjumlah RM2.170 juta.

WhatsApp-Image-2019-12-27-at-17
Tiga dari enam kereta yang dirampas.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan selama 10 hari mulai hari ini hingga 5 Januari depan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967. – MalaysiaGazette

Tinggalkan komen anda