Terjun hotel akibat kemurungan


shadow

LELAKI maut selepas dia dipercayai terjun dari tingkat 18 bilik hotel di Melaka Raya, Melaka, hari ini.

Mayat lelaki terbabit dijumpai pekerja hotel berkenaan 7.40 pagi sebelum memaklumkan kepada pengurusnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mayat lelaki berusia 44 tahun itu ditemui di kawasan lorong belakang hotel berkenaan.

Beliau berkata, semakan mendapati lelaki berkenaan menginap di hotel berkenaan sejak 7 Disember lalu dan akan mendaftar keluar pada hari ini.

“Dia dipercayai bertindak terjun dari balkoni tingkap di tingkat 18 selain pemeriksaan di dalam bilik menemui kerusi yang diletakkan di tepi tingkap.

“Lelaki terbabit dikatakan bertindak demikian kerana dipercayai kemurungan akibat masalah perceraian selain turut mengambil ubat penenang, ” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayatnya kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

“Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

-myMetro

Tinggalkan komen anda