Mayat lelaki ditemui di bilik hotel


shadow

SEORANG lelaki ditemukan mati dalam keadaan berselimut di atas katil di sebuah hotel bajet di Jalan Tok Lam di Kuala Terengganu, hari ini.

Kejadian disedari pekerja hotel itu kira-kira pukul 9.30 pagi setelah mereka (pihak hotel) menyedari mangsa tidak keluar dari bilik sejak dua hari lepas, tidak seperti kebiasaannya.

Difahamkan, mangsa yang juga seorang pemandu lori berusia lingkungan 50-an, menginap di hotel berkenaan kira-kira sebulan lepas dan sentiasa beramah mesra dengan pekerja hotel itu.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, ​​​​​​anggota bomba dan polis mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membawa turun mayat mangsa dari tingkat empat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi pemberita mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Katanya, punca kematian mangsa masih dalam siasatan polis.

Tinggalkan komen anda